A careless word may kindle strife


A careless word may kindle strife. A cruel word may wreck a life. A timely word may level stress. But a loving word may heal and bless.

Pictures With Quotes

Pictures With Quotes and Sayings
 If I could have put it into words I would have written it down. But I couldn't, so I took a picture

I Don't Believe In Love

I Don't Believe In Love

(Cerpen) Buat Sang Pelangi Petang

Izrul Naim Hafizi…. Insan ini ku serahkan hati ku dan telah ku sandarkan harapan agar hati ini dijaga rapi olehnya namun nyata insan ini tidak menghargai hati dan perasaan di hati ini. Mungkin pada mulanya, aku hanya memandang kepada faedah yang ku miliki andai aku bersamanya namun setelah mengenali hati budinya. Aku tidak sanggup untuk mempergunakannya demi kesenangan ku..

Dari awal, hati ini ku tegah dari jatuh cinta buat kali yang keduanya kepada insan bernama lelaki, bagiku lelaki, sama sahaja. Tiada apa yang membezakannya. Tapi hakikatnya, antara 1000 ,ada 1 yang benar-benar dipanggil LELAKI SEJATI yang setia akan Cintanya, yang berpegang teguh pada Kata Janjinya. Susah mencari nya kerana dia 1 antara seribu.. bukan senang menilai mana kaca mana permata.

Setelah mengenalinya, sikap, peribadinya, kasih sayangnya, keprihatinan nya membuat aku yakin,mungkin dia adalah antara 1 permata yang ku cari namun aku tidak mahu pisang berbuah 2 kali. Ku teruskan hubungan ini dengan andaian aku tidak akan pernah jatuh hati kepadanya. Namun aku hanya manusia biasa, tak mampu melawan takdir Allah swt.

Izrul Naim Hafizi , indah nama sebaik peribadinya… indah pekertinya serta budi bahasa… dia tempat ku curahkan segala masalah serta tempat ku memberi pendapat walaupun kadang-kadang aku rimas dengan leterannya, namun telah aku cuba memperbaiki diri ini agar sempurna disisi nya. Aku manusia biasa, taklah sesempurna kekasih Allah, Nabi Muhammad saw… Namun aku ingin menjadi Zulaikha yang terlalu tulus kepada Kekasihnya Yusuf… Mampukah aku?

Sekian lama mengenalinya, aku makin mengenali hati budinya.. Mulianya peribadinya, Tak salah apa yang aku dengar mengenainya. Pada pandanganku, walaupun hendak dibandingkan dengan rupa mungkin dia tidak seindah Sulaiman, tidak setampan Yusof namun aku tidak malu untuk memperkenalkannya kepada rakan taulan bahawa dia adalah permata yang aku jumpai didalam timbunan kaca. Aku bangga menjadi buah hatinya walaupun diriku jua tidak secantik Balqis, tidak setulus Zulaikha dan aku juga bukanlah teman yang istimewa seperti Siti Khadijah kepada Nabi Muhammad saw.

Namun sudah ada pepatah dalam hidup kita, Jangan disangka panas hingga ke petang, mungkin Hujan di tengahari…. Bahagia yang aku impikan hanya ibarat Pelangi Petang, yang terindah antara kami hanyalah bersifat sementara.Tiada CINTA yang abadi melainkan CINTA kepada Allah swt. Sedarkah kita akan hakikat itu ???

Di saat aku ditinggalkannya , hati ini meronta, kecewa dengan apa yang terjadi…hati ini jauh tidak merelakan perpisahan ini namun sudah tersurat , hubungan ini hanya mampu bertahan untuk seketika. Maka aku terpaksa merelakan dalam keterpaksaan. Aku yakinkan diri aku bahawa hadirnya dia hanya sebagai “Tetamu di Kamar Hati” ini namun rupanya dia hadir sebagai “Pelangi Petang” tak bercahaya namun ia menyerikan. Rupanya dalam tidak sedar, dia telah ku cintai dan mendapat tempat di hati ini. Aku terseksa dengan memendam suara hati ini, tertanya-tanya alasan kenapa dia pergi meninggalkanku secara tiba-tiba?? Apa mungkin aku tidak layak untuknya?? Atau mungkin benar dia tidak bersedia untuk hubungan ini?? Benarkah alasan yang diberikannya atau sekadar menutup lubang yang digalinya sendiri?? Hidupnya hanya untuk Allah swt, keluarganya serta kerjayanya.. Mengapa setelah hati ini mula mencintainya, dia pergi tinggalkan ku sendiri??


Mengapa kau pergi??? Disaat aku mulai menyintaimu,aku berharap kau menjadi kekasihku, malah kau pergi jauh tinggalkan diriku?? Kini aku sendiri lagi, lalui lorong yang pernah aku tinggalkan dulu, pada sangkaanku, aku tidak akan melalui lorong gelap itu lagi, namun nyata kini lorong gelap itu adalah kehidupanku yang nyata, aku harus melaluinya meskipun pahit untuk ditelan, perit untuk menghadapi… Kini setelah dia pergi, baru aku menyedari betapa aku amat memerlukannya walaupun aku tak pernah mengungkapkannya dulu..

Aku benci dia. Aku taknak dengar nama dia lagi dalam hidup aku… Tapi hakikatnya benarkah aku membencinya? Benarkah namanya tak ingin ku dengar dan sebut?? Sedangkan jauh di hati ini , seringkali aku mengingatinya, merinduinya menyebut-nyebut,serta memanggil-manggil namanya. Aku terlalu merindui nya. Walaupun aku akan cuba untuk melontar bayangannya jauh dari hidupku namun aku takkan pernah melupakan Kasih Sayangnya, keprihatinannya, Manja tutur katanya, leteran nya untuk memperbaiki diriku, dan suara itu tak kan mungkin aku lupakan walau apa yang terjadi. Leteran yang dulu membingitkan telinga kini menjadi irama kerinduan ku…

Masih ku ingat, pernah ku terserempak dirinya setelah kami berpisah.. mungkin dia juga tidak tahu akan kewujudan aku di situ. Memang aku menyembunyikan diri, memang aku menyatakan aku membencinya, menyelindung perasaan hati, aku tak ingin dia melihat aku dengan kelukaan setalah ditinggalkannya, namun jauh di sudut hati yang paling dalam, itulah masa yang ku tunggu sewaktu kami bersama, itulah detik yang selalu aku nantikan, aku ingin menatap sekelumit wajah kesayanganku, mendengar suara kerinduanku, serta aku ingin dia tahu betapa aku menyayanginya kini namun aku tak cukup kuat untuk semua itu. Mungkin benar, luka dihati ini belum sembuh, dan mungkin jua kerana Ego….

Sayangku.. Izrul Naim Hafizi, ketahuilah bahawa aku tidak pernah membencimu dari hati ini kerana dikau telahpun mendapat tempat dihati ini. Aku tidak akan membicarakan tentang Kasih Sayang andai perasaan itu tidak wujud, dan aku takkan membicarakan soal hati andai aku tidak serius dengan hubungan yang terjalin KERANA aku bukanlah PEREMPUAN yang suka mempermainkan hati dan perasaan LELAKI dan aku hargai tiap kenangan bersama. Aku tidak terluka andai kau nyatakan kau belum bersedia untuk hubungan denganku, aku memahami situasi mu, Mungkin dirimu mahu memberi yang terbaik untuk keluarga dan menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjaya demi masa depan dirimu serta keluarga. Tapi aku terluka bila kau menyatakan bahawa sepanjang perhubungan kita, tiada sedikit pun perasaan mu kepadaku. Andai benar, tiada perasaan? Kenapa membicarakan soal hati , soal kasih sayang dan mengapa mencuri hati ini?


Aku pasrah & redha dengan apa yang terjadi, aku sedar mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi dan mungkin jua Allah akan temukanku dengan insan yang lebih baik dari dirimu… Andai nyata kau bukan milikku, aku harap Allah swt akan melenyapkan namamu dari kamus hidupku, Serta melenyapkan segala kenangan tentang kita untuk selamanya. Namun andai ini ujian untukku, tabahkan hatiku menghadapinya walaupun bersendirian. Mencintai tidak semestinya memiliki.. & memiliki juga tidak bermaksud dia adalah milik kita yang kekal kerana Hidup di muka bumi ini adalah pinjaman Allah swt kepada hamba-hambanya, Dia berhak mengambil nya semula pada bila-bila masa sahaja. Janganlah dibutakan mata hati kerana Cinta Manusia kerana Manusia selalu memungkiri janji , Butalah kita dengan Cinta Yang Kekal iaitu Cinta Allah swt kerana Allah tidak akan memungkiri janji dan Cintanya Abadi serta Kekal……

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tidak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa SITI KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna Rasullullah Saw……

“Tak guna ada MATA , andai tak dapat MELIHAT….
Tak guna ada hati , andai tak tahu MENILAI….”


Nukilan:
Chinta Mahar

p.s saya tersilap publish kat chatroom pulak...maaf ye. tapi takpe ler boleh chatter baca kat sini. :) ~ Haniey


Sad Quotes With Picture


Now I Know Why People Are Afraid To Fall In Love. Because It Hurts Like Hell When You Lose It

You Must Believe In Yourself (Pictures With Quotes)


You Must Believe In Yourself (Pictures With Quotes)
 

Mac 2011 @ Love Is Cinta Chatroom ~ Have Fun Chatting | Privacy Policy | Contact | Sitemap