Madah Cinta Love Is Cinta

Putus cinta bukan bermakna dunia sudah berakhir. Bangkitlah dari kegagalan cinta, hapus air matamu dan carilah pengganti yang lebih baik.

Kadang-kadang cinta itu datang begitu saja, tanpa ada alasan, tapi biarkanlah cinta itu tumbuh dengan sendiri.

Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya.

Jika dia yang kamu cinta tak juga menyedari betapa berertinya dirimu, kamu harus belajar melupakannya. Cintai dirimu juga!

Love Is Cinta

Hargai mereka yang menyayangi kita dan berhentilah mengejar mereka yang membuang masa kita

Bukan banyaknya kata cinta dan bunga yang diberikan yang menjadi bukti cinta. Tapi seberapa besar kasih sayang dan rasa saling mengambil berat.

Cinta bukanlah suatu objek yang boleh kita permainkan sesuka hati. Hargailah cinta kerana ia mungkin cinta terakhir yang singgah di hatimu dan tak akan kembali.

Puisi: Apabila Kau Mengerti

Apabila Kau Mengerti

Perjalanan mencari rindu ini
ada kalanya sukar,
bagai melihat bayang-bayang di air
yang tidak boleh digenggam,
mengalir terus laju,
tetapi cukup meninggalkan kesan.

Dalam kepayahan mencari rindumu...
yang jarang dapat kurasa,
kadang-kadang hilang dalam angin malam,
dan muncul semula dalam mimpi dinihari,
sehingga terjagaku dalam air mata.

Rinduku biarlah tersimpan di sini,
menjadi rahsia hati,
dan satu ketika nanti
akan kusampaikan melalui memori

Apabila kau mengerti...
Rinduku ada di sini,
rindumu adakah lagi?

Nukilan:
MARIAH,
Subang Jaya.

Dearhaniey Chatters 2012


Dearhaniey Chatters 2012

# this video is fan made.

Cara nak letak gambar kat Love Is Cinta Chatroom



Cara nak letak gambar kat Love Is Cinta Chatroom

# terima kasih kepada yang membuat video tutorial tu. saya baru perasan dah lama ada kat youtube

Saya sayang awak kenapa susah sangat awak nak sedar?

Rindu

Kadang-kadang Tuhan jarakkan hubungan kita, kemudian di datangkan pula dengan dugaan dan ujian yang menimpa. Puas kita menangis dan mencari mana teman kesayangan, rupa-rupanya Tuhan ingin hadiahkan kita rindu yang berpanjangan

Saya sayang awak sangat-sangat

Saya sayang awak sangat-sangat. Malangnya awak tak pernah tahu kerana saya tidak ada keberanian untuk berterus terang pada awak selama ini. Awak milik orang lain dan tak mungkin menjadi milik saya. Saya hanya memendam rasa. Dalam diam hati saya menangis, melihat awak bersama orang lain. Jika boleh saya memadam perasaan ini, jika boleh....tetapi saya tidak boleh. Saya tidak tahu sampai bila saya akan berkeadaan begini...Awak, saya doakan awak bahagia...


 

Mac 2012 @ Love Is Cinta Chatroom ~ Have Fun Chatting | Privacy Policy | Contact | Sitemap